Sunday, December 13, 2015

Bawah Tapak Kaki Saya dah Ada Syurga, Tahu?

Tajuk tak boleh blah.

Tanggal 24th November 2015, saya telah berjaya melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat cute.  kejadian bersejarah itu berlaku pada pukul 12.50 tengah hari. bayi seberat 2.5kg itu tidak sabar mahu melihat dunia yang kejam ini. due sepatutnya 30th November. heheh!

Nak cerita pasal pengalaman, saya ni boleh dikatakan agak bernasib baik (kot) sebab semua berjalan dengan lancar. malam tu saya menonton movie dengan kucah. cerita Girlfriend Aku dari Neraka. dalam pukul 1 pagi, siap tgk cerita tu, kucah tido dalam bilik dengan saya. saya masih tak tido dan sedang membaca novel dalam Wattpad lepas bergayut dengan encik suami. lebih kurang pukul 2 camtu, saya rasa sesuatu dalam perut. saya terus masuk ke toilet dan cecair (ketuban) mula melimpah keluar tanpa henti. luckily (i've told you i'm so lucky), kakak saya ada kat rumah hari tu. jadi saya terus pergi bilik dia dan bagitau pasal kejadian tersebut (meanwhile kucah dah pengsan ketiduran tahap tak sedar diri). Dia terus kejutkan mak saya.

Sebenarnya saya dah packing barang masuk dalam luggage untuk bawak ke hospital, tapi kakak saya gelak sebab luggage saya macam nak pergi bercuti sebulan. jadi, dia pon tolong kemas balik dan masukkan dalam beg dia (LOL). masa tu saya masih steady. saya call suami saya, dia cakap esok dia bertolak balik (dia duk Sarawak).

Sampai hospital (HUSM) lebih kurang pukul 3pagi lepas berenti beli barang dan makanan kat 7e, Doctor cek dan ckp bukaan baru 3cm, so dia suruh masuk wad dulu. saya call husband saya balik cakap tak payah rush2 sebab lambat lagi (konon la saya punya assumption sendiri). tapi sorang lagi doktor datang dan scan and cek lagi sekali, dia suruh terus masuk labour room pulak.

Pkl 5.30 masuk labour room. masa dalam labour room tu la seksaan bermula lepas dia masukkan air apebenda tah. masa tu contraction dah makin kerap dan seksa tiap 3 minit. rasa mengantuk nak tido, tapi sakit. memang tak tido la jawab dia. dalam pukul 12.15, doktor masuk dan bermula la proses seterusnya. dalam 12.30, tiba2 suami saya masuk (again.. i'm lucky isn't it?). hahahahhaha... macam magic je. saya dah give-up sebab fikir mungkin dia takkan sempat sampai.

Tak lama lepas tu, keluar la budak kecik yang kami panggil Cici. bila 1st time tengok dia, terus hilang rasa sakit tadi. rasa nak gelak pulak bila dengar dia menangis. tu la... dalam perut bukan main lagi menendang orang. kihkihkih...

Terima kasih pada semua yang bersusah payah sepanjang proses kehamilan hingga kelahiran. saya terhutang budi dengan ramai orang. tak mampu rasanya nak balas, jadi, hutang budi anda semua akan saya bawa sampai mati.
(kakak saya yang baru keguguran, bersusah payah hantar saya ke hospital, mak saya yang datang teman saya.  dan tidur di hospital, kucah yang teman tidur kat hospital jugak, bapak saya yang kalut datang jugak walaupn dia tak sempat masuk, dan suami saya yang berusaha datang dan sempat teman dan menyaksikan kelahiran puteri kami). hanya Allah mampu membalas jasa awak semua.



hai... nama saya Cici membawa maksud "Always Happy Girl"


dan terima kasih bagi hadiah-hadiah yang best untuk Cici.



hadiah dari kak una

hadiah dari ayoh ngoh n cik arina

hadiah dari auntie pokyah

hadiah dari en azhari (ex-colleague saya)

hadiah dari kak on

hadiah dari che su n izzudin

hadiah plg misteri dari kucah dan ucik

hadiah dari mama hus

hadiah dari auntie mila, mokjan, dan isteri pokli


terima kasih. nanti saya update lg kalau rajin.



Saturday, October 10, 2015

R.I.P, Cathy

10.10.2015

Tarikh puaka bg aku. Yelah..cathy pergi tgglkan aku selama2nya. Padahal aku dh pesan dulu, bln 1 nanti aku dtg blk jg dia. Dia tgk, dgr... tp dia xpaham. Dia tinggal aku jgk. Tggl pulak masa aku xde sana. Aku xdpt jg ms dia sakit. Xdpt tgk ms dia tgh nazak. Xdpt ckp ngan dia, xdpt gaduh2 ngan dia sblm dia pergi.

Knp kejam sgt? Aku ni xlayak ke syg kt sesuatu? Klu aku syg je, KAU ambik... knp? Aku dh ckp, aku rela aku yg pergi dulu dr org yg aku syg. Aku xsggp hadap perpisahan. Lps tu aku bru phm ayat, only the good die young. Aku xcukup baik utk pergi awl2.

Cathy, awk dk sana dgn tenang ye. Sepnjg sy dk sini, hr2 sy berdoa mtk awk sembuh..mintak awk xrindu sy sgt smpai xmkn... sy xkisah awk lupa sy, sbb bln 1 nt sy akn jg awk blk, jd awk akn knl sy blk. Janji awk sihat. Hr2 sy sedih bl mijol atr gmbr awk baring sbb xlarat nk jln. Sy sedih sbb sy xblh buat ape2 nk tlg awk. Tp nmpknya Tuhan xdgr doa2 sy. Dia ambik awk jgk. Tuhan xsuka sy..tp sy tau Dia syg awk. Sbb tu Dia xnk awk dk dgn sy. Dia ambik awk awl2. Saya mtk maaf sbb xde ms awk sakit. Sy mtk maaf sbb slalu mrh2 kt awk. Awk je kwn sy dl kt sana. Xde dh nt org nk dgr sy borak..nk dgr sy nangis cite masalah sy, xde dh nt yg nk teman sy masak dan basuh baju. Nanti tgh2 mlm, xde dh yg teman sy tgk bola. Knp awk dtg kjp sgt? Sy dh jnji bln 1 sy bwk kwn utk awk kt sana. Knp xnk jumpa saya dulu? Knp pergi sorg2? Sy dh ckp byk kali, tggu la sy, jgn tggl sy. Knp xnk dgr jgk?!

Cathy wasn't just a cat. She's my bestfriend, my enemy, my sibling. How well we can bonding together from 1st day we met. Byk bnda dh bt sm2. Semua yg aku bt, dia temankan. Seterika bj, basuh bj, mndi, berak, masak, mkn, nangis, semua dia ade teman aku. Knp kejam sgt ambik dia awl2 cmni, ms aku xde dkt dgn dia?! Aku nk jg dia lg.

Tuesday, June 23, 2015

Saja-saja

Bulan-bulan puasa ni rindu plk nk lepak makan kerang rebus dgn Lel kt Tahu Bakar, Kota Dam. Lol.

Hari tu ucik dgn kucah dtg duk dgn aku sbb cuti. Jd, mlm aku bawak diorg g lepak dengan Lel kt kedai tom yam. Sambil makan tu, ucik yg mmg byk mulut bercerita la psl skolah sbb lel tanya dia "best ke skolah?"
Dia jawab, "adik stress la klu hari ahad mesti kena beratur. Dah la lama, panas. Kadang-kadang rasa nak pengsan".
"Tu la pasal." Tambah kucah dgn dahi berkerut tanda stress.

Kitorang gelak dgr stress bdk darjah 3 dgn darjah 1. Panjang lagi hidup korang. Byk lg stress2 yg lg teruk korg kne hadap nanti.

Hahahaha!!!!

Tuesday, June 2, 2015

Life is simple

Hidup ni senang je kalau u dont live to impress. Mcm aku.. aku buat ape2 sbb aku yg nk buat. Bukan sbb ko suruh (klu mak bapak srh tu tak boleh masuk skali dlm ni).

Mcm aku brenti keje.. sbb aku nk try jd surirumah. nk test skil masak aku. Brp lm aku blh bertahan. Dan brp lm aku boleh hdp mcm ni. Aku masak, aku xpnh nk pksa org mkn. Ko xnk mkn? Xpyh mkn. lg baik ko xmkn dr ko komplen mcm2 ms tgh mkn sbb aku benci org yg xbt keje tp komplen byk. Bkn je hapuskan semangat aku utk msk, tp buat aku tmbh dosa free plk kutuk ko dan benci ko.

Dan lg 1, aku plg benci bl org spoil mood ms aku tgh nk mkn. Mcm setan perangai! Ko duk diam2, mkn je bnda yg ko nk mkn, xblh? Ssh2 nk komen, "apesal ko order tu.. xsdp lah". Atau, "sdp ke ko mkn tu? Mcm xmenyelerakan je". atau, "ko order la ape2 nanti aku belanja", tp bila ko nak order, dia ckp "jgn order yang tu... bla3". Babi ko lah! Aku nk mkn, suka ati la. Ko order bnda yg ko nk mkn xde plk aku nk komen. Bodoh btl ko ni, kan?

Ade jgk jns spesies ajak org "jom mkn situ". Pastu smpai kdai tu, terhegeh2 nk plh meja mn nk duduk. Bangang. Ambik ms 15minit berdiri tertinjau2 cr meja padahal meja berlmbak. Ckp je la ko nk tarik perhatian org, kn? Geli aku lah! Lps tu ade jgk spesies, dh msk kdai, tiba2 ckp, "xnk la mkn sini, jom pegi kdai dpn tu". Mmg babi btl perangai. Skali je la aku ikut org mcm ni kuar mkn, lenkali ko ajk org lain. Jns xde pendirian hidup. Assholes!

Kesimpulan dia, aku benci org yg xde pendirian, org yg suka spoil mood aku ms tgh mkn dan org yg xreti hargai masa aku. Ko xhrgai ms ko, lantak la. Tp jgn duk buang masa aku.

Blah!

Thursday, May 7, 2015

Sharing is caring kepala bana

Orang yang suka share-share benda tak betul yang aku yakin dia sendiri TAK TAHU benda tu betul ke tak. Tapi sebab otak dia tak berapa berhubung, dia main share je sesuka hati ni, mmg jns kurang akal. KAH..

Contohnya, ko dok burukkan produk jenama ni, jenama tu. Padahal sahih ke tidak, ko sendiri tak tahu. Klu ko share untuk bertanya orang lain, betul ke tak? Tu lain, ni ko share sekali dengan kutukan tanpa asas. Bila tanya btl ke tak, tak boleh jawab, terus cakap orang nk kondem dia pulak. Ironi. Lol.

Ko bayangkan ye, CONTOH: sebab ko dan perangai bodoh ko share cerita makcik tu meniaga nasik bungkus ada lalat (padahal ko sendiri tak pernah sampai kedai makcik tu), orang-orang ramai yg sama spesies dengan ko pn percaya bulat-bulat. Dan elok-elok makcik tu meniaga nk bela anak, terpaksa tutup kedai sebab cerita yg ko kecohkan. Puas hati ke ko rasa tutup rezeki orang? Besar pahala ko, kannnn?! Tahniah.

Aku nk orang-orang yg suka sgt share benda yang dia sendiri malas nk cari fakta sebenar duk dalam situasi ni. Orang kampung sebelah share kat group whatsapp ckp si polan (mak ko contohnya) meninggal. Ko nk ke dgn senang hati share share dan share berita tu tanpa effort untuk cr maklumat, btl ke mak ko mati? Instead of ko share dl. Padahal mak ko elok lg hidup kt rumah. Hah.. boleh bayang efek dia?

Aku malas nk ckp byk2 sebab aku ckp karang, orang kutuk aku nk tunjuk pandai. At least aku bukan jenis percaya bulat-bulat dan kaki share benda bodoh mcm korang. Klu rasa malas nak cari benda tu betul ke tak, jgn wat rajin konon sharing is caring. Puii..

Orang mcm ni mesti jenis mudah kena cucuk mcm lembu (atau ko sbnrnya kaki cucuk). Mudah percaya rumors. Dan takde pendirian tetap dalam hidup. Aku simpati.

Monday, April 6, 2015

TAK KELAKAR LA, BODOH!

Aku tak tahu sama ada aku ni dh lack of sense of humor, atau makhluk2 sekarang mmg suka buat lawak bodoh.

Contoh, kt group whatsapp. Apesal dah jadi trend babi ape jenis nak buat lawak, tapi konon serius. Ade sorang post lebih kurang macam ni: "ada sape2 nak anak angkat? Famili bdk ni miskin dan ramai anak. Untuk orang yang betul2 nak jaga anak je". Dan dlm group tu ada beberapa orang yg dah bertahun kawen tp belum dapat anak. Punya excited kawan tu tanya kt mana. Dan last2, si bangang ni hantar gambar lawak. Tapi, TAK LAWAK LA, BODOH!!!

Ade lg satu yang aku takleh blah, iklan jual kereta. "Ada sesape tengah cr kereta 2nd hand? Tuan dia nk jual 3k je sbb urgent nak pakai duit." Dan dalam group tu mungkin kebetulan ada yg mmg btl2 tgh nak cr kereta dengan bajet ciput. Pulun dgn serius tanya. Dan si bangang ni balas dgn hantar gambar sang kancil. LAWAK KE TU, BODOH?

Dan terus membiak lagi baka2 yang suka lawak bodoh, share merata-rata. Untuk meningkatkan baka bodoh di dunia yang fana ini.

Aku tak pasti la sape punye idea yang konon "kreatif" sangat, tapi hakikatnya mcm celaka.

Banyak lg sebenarnya bnda bodoh yang di share. Kdg2 aku boring, aku kutuk je directly. Tapi, orang2 mcm ni mmg jenis tak faham bahasa kot. Esok, share lagi satu. Last2, bagi mute je. Aku left, dia add balik. Left byk2 kali karang, terasa hati. KAH!

Bagi aku, orang yang suka share benda2 bangang kat whatsapp group ni, klu tengok fesbuk dia, cfm jns kaki 1 like 1 pahala, 1 share 1 pahala. Kesian aku tengok. Tak puas kot share kat fesbuk, bawak pulak amalan babi tu ke whatsapp group. Bitch, please! Get a life. Real life!

Nasihat aku, kalau nk jd bodoh, jangan bg efek kt orang sekeliling. Simpan je sekor2 atau kt anak cucu sendiri, lagi afdal.

Ok, sekian.

Saturday, March 14, 2015

#sekadarBertanya

Ada sejenis manusia, dia kerek sangatttt. Aku xtau ape yg korg dapat bila kerek. Nk ckp orang suka.. hell no! Seriously NO la wei. Tp xtau la kot ade yg suka. Hmmm.... atau buat-buat suka?

Aku bg contoh 2 situasi dgn 3 effect berbeza.

Ko tgh makan kat kedai... tiba-tiba budak waiter yang bawak makanan yang banyak kat dulang TERtumpahkan makanan tu kat meja korang.

1. Korang boleh marah dia kuat-kuat dengan harapan dia akan malu, dan kau akan bangga bila semua orang tengok ko power marah orang.

2. Korang boleh act cool dengan cakap, takpe sebab bukan dia sengaja. Dan mintak dia bagi tisu atau mintak dia lap meja dengan masih keadaan rileks.

So... korang yang mana satu?

Talk about effect.
Situasi pertama, ko bangga ko boleh malukan dia. Orang semua tengok dan kutuk (kalau aku la!) Ckp ko ni perasan bagus, berlagak macam sial.
budak tu akan kena buang kerja, balik rumah menangis sedih.

Atau budak tu lepas kena marah, dia akan jadi benci kt ko dan mula prejudis dgn customers yg lain. End up dia akan down dan malas nak kerja elok-elok.

Effect utk situasi kedua, budak tu akan rasa bersalah sendiri. Dan mungkin tak perlu ko mintak tisu atau lap meja, dia akan buat laju-laju sebab respek. Nampak?

Ko tak perlu berlagak dan jadi kerek sebab takde yang elok pun. Insaflah, ye!

Ni contoh je. Ko bayangkan dlm situasi lain-lain pun, effect dia camni la jugak. Heh!

Its all about manner. Ko hormat orang, orang akan hormat ko. Simple.

Wednesday, March 4, 2015

Sadistic

sebenarnya, Cathy adalah female or betina. well.. aku mana tahu sebab semua kucing ade misai. sebab tu bila mijol cakap kucing ni jantan, aku ok kan je. lps tu aku panggil Cathy jugak even masa tu aku anggap dia jantonnn. whatever.

Cathy..
well... literally aku bukan pencinta haiwan. in fact dulu, aku tak suka kucing. aku akan membebel bila aku makan kt kedai, kucing datang menggesel kat kaki. sebab aku dah malas nak bela ape jenis haiwan. aku jenis manusia yang tak sanggup hadap perpisahan.

Masa guinea pig aku mati tu pn aku sebenarnya menangis walaupun lps mijol blk lunch, aku buat2 OK. ko boleh bayang tak ko tgk dia mcm nak "pergi", mata dia tengok ko dengan sayu. tapi, ko tak boleh buat apa2? aku salahkan diri aku sebab hari tu aku bangun lewat dan lambat bagi dia makan. walaupun masa tu bekalan makanan dia masih ada dalam bekas, tapi, aku kena lah cari sebab, kan? dan sebabnya aku lah. kat sini takde vet. vet terdekat mungkin kat Sibu (which takes 2 to 3 hours driving).

good bye... so long...

And now we have Cathy. ko takkan paham kalau ko tak rasa nak rapatkan diri dengan kucing. serius. ko boleh tengok perkembangan dia. its kinda like a baby. lapar perhatian, bila besar sikit, mula merangkak cr sampah untuk makan. bila nak makan, kne berteman, bila tido, nak beriba. macam tu lah, Cathy. memang mengada-ngada, but what to say, i've started to love her.. so much. pergi mana2 mesti nak beli mainan untuk Cathy walaupun dia prefer main plastic bag yang berisi mainan dia. LOL...

Kalau Cathy pn nanti-nanti nak "pergi", aku tak tahulah macam mana rasa dia. aku ni selalu berharap, ape2 hal, biar aku pergi dulu. sebab berpisah tu sakit. tak kisahla dengan Cathy ke, dengan orang-orang sekeliling yang aku sayang ke... sakit. aku pernah hilang nenek n atuk aku. aku pernah hilang member baik aku. dan aku seriously macam gila sikit masa Tikah pergi. sakit tu tak tahu nak cakap kat sape.. tak tahu nak explain macam mana. end up, aku berkurung dalam bilik sorang2, crying berminggu2. makan tak, minum tak.

Nasib aku baik sebab aku ada Lel, Kak Syah ngan Cik Aa. aku jenis tak bercerita bila aku sedih, tp diorang paham. diorang will be like all of sudden bercerita benda2 best dgn Tikah, benda2 yang takkan down kan aku lg, benda2 yang at least blh buat aku senyum blk bila ingat. it have been more than 4 years, tapi aku sebenarnya tak boleh move-on lagi. bila dk sorang-sorang, teringat kat Tikah, aku akan menangis tak tahu kenapa. mungkin aku banyak salah ngan arwah. mungkin saat akhir dia aku takde. mungkin masa dia tgh nazak, aku tgh tgk world cup. aku masih jgk salahkan diri aku pasal ni. Rest in Peace, kawan!


Susah jgk jd manusia macam aku. aku tak nak orang 'pergi' dalam hidup aku. sebab aku ni lemah tapi buat-buat macho dan kuat. i'm rarely crying in front of others. sebab aku nak tunjuk aku kuat. mcm tu lah cara hakikat sebenar disembunyikan.





Monday, February 2, 2015

My Birthday, Baby!

hahahahahhahahha... aku pun tak tahu apesal aku rasa nak gelak!

Hari ni merupakan 2nd february 2015 merangkap 2 february yg aku rs hari paling best dalam hidup aku setiap tahun. entah lah psl ape. mungkin sbb 2 februari aku mula hidup kt dunia ni. takde tarikh lain paling penting bagi aku kecuali hari lahir. takde! serius nih.

alkisah sbnrnya sblm ni kitorang ada bela guinea pig, nama dia arjuna butoh. guinea pig tu mmg dah sakit masa aku bawak kt sini sebab beliau bergocoh dgn pasangan beliau. pasangan beliau mangkat, manakala beliau mengalami kecacatan mata dan kaki tak berfungsi sebatang. lepas tu, ank buah laki aku pulak g mandikan beliau malam itu sebelum kami bawak esok pgnya. well, spesies tikus ni klu ko mandikan tahap jirus mcm nk bg mampus, mmg teruk lah hayat beliau.

tp beliau boleh bertahan kt sini dalam 3 bulan jgk sebelum mangkat pada hari Jumaat yg mulia. sedih gila babi aku rs. tp nak buat mcm mn, aku dh lm rs sedih tgk dia hidup menderita dalam kecacatan, tp tak boleh nk pulihkan dia. mcm makin aku bela, makin seksa hidup dia. jd, aku pasrah dan anggap semua ini adalah takdir untuk menghilangkan kesakitan beliau. sobssss...

kemudian aku rasa sangat bosan, aku ajak mijol cr kucing. tp, mcm biasalah benda (haiwan) kalau kita tak cari, mengiau2 bawah meja kt kedai makan masa kita tgh makan, tp bila kita nak cr, pusing 1 mukah pn tak jumpa (kt mukah ada 2 je petshop, dan 2-2 tu xde kucing, so aku ambik keputusan nak cr stray cats je).

kat sini, ank anjing berlambak lah. aku sampai bg cadangan kt laki aku, kita bela ank anjing yg kecik tu, lps tu kita ajar dia bunyi mcm kucing. sbb dia ckp, nk mati kena kutuk ke? lepas tu dia jawab, kenapa xajar dia bunyi mcm ank manusia je lg best. hmmmph

dan pada 1 februari yakni semalam, kami sekali lg buat2 pusing pekan sambil menikmati keindahan alam, tp malangnya masih sia-sia. lepas tu kitorang balik rumah. tak lama lepas tu, dlm grup whatsapp laki aku, member dia atr gambar ank kucing. dia cakap ank kucing tu tiba2 dtg rumah dia sbb lapar kot. dia xnk bela sbb tkt xsempat nk peduli, jd laki aku dgn pantasnya pegi ambik bawak balik. YEAY!


cathy (bukan nama sebenar)
jantina: jantan
Tiba jam 12 malam, suami saya yg tersayang wish birthday, lps tu ckp "jom kita makan kek". hahahahahha.... kek celah mana sbb seingat aku, aku dh buang 2 bijik kek yg aku buat, lps tu mkn x abis. aku tak tahu pulak dia beli kek dan simpan kt peti lg satu which is peti tu dh lm tak guna. jarang tu aku tak boleh kantoikan seperais org. biasa mesti aku tahu punye lah! tp sbb peti tu mmg dh xguna dan aku xbukak pn, jd misi beliau agak sukses la.

oh, by the way, sebelum tu kitorg tgk Arsenal yg mmg power gila belasah Aston Villa 5-0. well, overall, nice birthday gift ever. 1st, sbb 1st time sbnrnya aku celebrate birthday aku ON TIME. sbb biasanya mesti lewat 1 mggu, 1bulan, tp yg penting bukan 2 februari la sambutan itu. sucks. no meaning at all bagi aku celebrate birthday, tp bukan di tarikh lahir yg sebenar.

anyway, terima kasih kat sape2 yg wish dan doakan yg baik2 kt wall fesbuk aku serta whatsapp aku yg masuk bertalu2. semoga doa kalian dimakbulkan. aminnn....