Orang yang suka share-share benda tak betul yang aku yakin dia sendiri TAK TAHU benda tu betul ke tak. Tapi sebab otak dia tak berapa berhubung, dia main share je sesuka hati ni, mmg jns kurang akal. KAH..
Contohnya, ko dok burukkan produk jenama ni, jenama tu. Padahal sahih ke tidak, ko sendiri tak tahu. Klu ko share untuk bertanya orang lain, betul ke tak? Tu lain, ni ko share sekali dengan kutukan tanpa asas. Bila tanya btl ke tak, tak boleh jawab, terus cakap orang nk kondem dia pulak. Ironi. Lol.
Ko bayangkan ye, CONTOH: sebab ko dan perangai bodoh ko share cerita makcik tu meniaga nasik bungkus ada lalat (padahal ko sendiri tak pernah sampai kedai makcik tu), orang-orang ramai yg sama spesies dengan ko pn percaya bulat-bulat. Dan elok-elok makcik tu meniaga nk bela anak, terpaksa tutup kedai sebab cerita yg ko kecohkan. Puas hati ke ko rasa tutup rezeki orang? Besar pahala ko, kannnn?! Tahniah.
Aku nk orang-orang yg suka sgt share benda yang dia sendiri malas nk cari fakta sebenar duk dalam situasi ni. Orang kampung sebelah share kat group whatsapp ckp si polan (mak ko contohnya) meninggal. Ko nk ke dgn senang hati share share dan share berita tu tanpa effort untuk cr maklumat, btl ke mak ko mati? Instead of ko share dl. Padahal mak ko elok lg hidup kt rumah. Hah.. boleh bayang efek dia?
Aku malas nk ckp byk2 sebab aku ckp karang, orang kutuk aku nk tunjuk pandai. At least aku bukan jenis percaya bulat-bulat dan kaki share benda bodoh mcm korang. Klu rasa malas nak cari benda tu betul ke tak, jgn wat rajin konon sharing is caring. Puii..
Orang mcm ni mesti jenis mudah kena cucuk mcm lembu (atau ko sbnrnya kaki cucuk). Mudah percaya rumors. Dan takde pendirian tetap dalam hidup. Aku simpati.
No comments:
Post a Comment