Sunday, December 13, 2015

Bawah Tapak Kaki Saya dah Ada Syurga, Tahu?

Tajuk tak boleh blah.

Tanggal 24th November 2015, saya telah berjaya melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat cute.  kejadian bersejarah itu berlaku pada pukul 12.50 tengah hari. bayi seberat 2.5kg itu tidak sabar mahu melihat dunia yang kejam ini. due sepatutnya 30th November. heheh!

Nak cerita pasal pengalaman, saya ni boleh dikatakan agak bernasib baik (kot) sebab semua berjalan dengan lancar. malam tu saya menonton movie dengan kucah. cerita Girlfriend Aku dari Neraka. dalam pukul 1 pagi, siap tgk cerita tu, kucah tido dalam bilik dengan saya. saya masih tak tido dan sedang membaca novel dalam Wattpad lepas bergayut dengan encik suami. lebih kurang pukul 2 camtu, saya rasa sesuatu dalam perut. saya terus masuk ke toilet dan cecair (ketuban) mula melimpah keluar tanpa henti. luckily (i've told you i'm so lucky), kakak saya ada kat rumah hari tu. jadi saya terus pergi bilik dia dan bagitau pasal kejadian tersebut (meanwhile kucah dah pengsan ketiduran tahap tak sedar diri). Dia terus kejutkan mak saya.

Sebenarnya saya dah packing barang masuk dalam luggage untuk bawak ke hospital, tapi kakak saya gelak sebab luggage saya macam nak pergi bercuti sebulan. jadi, dia pon tolong kemas balik dan masukkan dalam beg dia (LOL). masa tu saya masih steady. saya call suami saya, dia cakap esok dia bertolak balik (dia duk Sarawak).

Sampai hospital (HUSM) lebih kurang pukul 3pagi lepas berenti beli barang dan makanan kat 7e, Doctor cek dan ckp bukaan baru 3cm, so dia suruh masuk wad dulu. saya call husband saya balik cakap tak payah rush2 sebab lambat lagi (konon la saya punya assumption sendiri). tapi sorang lagi doktor datang dan scan and cek lagi sekali, dia suruh terus masuk labour room pulak.

Pkl 5.30 masuk labour room. masa dalam labour room tu la seksaan bermula lepas dia masukkan air apebenda tah. masa tu contraction dah makin kerap dan seksa tiap 3 minit. rasa mengantuk nak tido, tapi sakit. memang tak tido la jawab dia. dalam pukul 12.15, doktor masuk dan bermula la proses seterusnya. dalam 12.30, tiba2 suami saya masuk (again.. i'm lucky isn't it?). hahahahhaha... macam magic je. saya dah give-up sebab fikir mungkin dia takkan sempat sampai.

Tak lama lepas tu, keluar la budak kecik yang kami panggil Cici. bila 1st time tengok dia, terus hilang rasa sakit tadi. rasa nak gelak pulak bila dengar dia menangis. tu la... dalam perut bukan main lagi menendang orang. kihkihkih...

Terima kasih pada semua yang bersusah payah sepanjang proses kehamilan hingga kelahiran. saya terhutang budi dengan ramai orang. tak mampu rasanya nak balas, jadi, hutang budi anda semua akan saya bawa sampai mati.
(kakak saya yang baru keguguran, bersusah payah hantar saya ke hospital, mak saya yang datang teman saya.  dan tidur di hospital, kucah yang teman tidur kat hospital jugak, bapak saya yang kalut datang jugak walaupn dia tak sempat masuk, dan suami saya yang berusaha datang dan sempat teman dan menyaksikan kelahiran puteri kami). hanya Allah mampu membalas jasa awak semua.



hai... nama saya Cici membawa maksud "Always Happy Girl"


dan terima kasih bagi hadiah-hadiah yang best untuk Cici.



hadiah dari kak una

hadiah dari ayoh ngoh n cik arina

hadiah dari auntie pokyah

hadiah dari en azhari (ex-colleague saya)

hadiah dari kak on

hadiah dari che su n izzudin

hadiah plg misteri dari kucah dan ucik

hadiah dari mama hus

hadiah dari auntie mila, mokjan, dan isteri pokli


terima kasih. nanti saya update lg kalau rajin.



No comments:

Post a Comment