Monday, February 1, 2016

Catatan Berat

Disclaimer:
This is my personal opinion. I'm not going to give any shits if you are effected by my writing.

Aku mungkin agak setahun jagung lagi nak cakap pasal masalah rumah tangga. Tapi sepanjang aku hidup ni... dah macam-macam jenis masalah rumah tangga aku dah tengok sendiri. Dan ada antaranya masa aku belum kawen, orang yang dah kawen come to seek my opinion. Which is actually funny as shits.

Hidup ni simple je bagi aku. Ko hidup cara ko.. asalkan JANGAN SUSAHKAN HIDUP ORANG LAIN. Tu main point ko kena pegang. Selagi boleh hadap sendiri, hadap lah. Sebab ape? Sebab mak bapak ko even kawan ko tak pernah paksa ko suruh kawen kan? Ko sendiri yang nak kawen. So.. masalah2 sendiri xkan ko nak canang habis 1 dunia (fb misalnya). Malu beb (kalau aku lah). Dan masalah rumah tangga tu quite personal pada pendapat aku lah.

Dan paling tak boleh blah bila ada masalah rumah tangga.. ko pegi heret mak bapak.. mertua.. adik beradik... ipar duai.. adoi.. malu gila weh kalau aku. Sebab? satu, mak bapak ko dah besarkan ko dr ko dlm perut lg.. dah cukup byk susah diorg nk bg ko hidup..setakat bnda masalah hidup ko sendiri pn ko nak bg diorg stress... tak reti nk setel sendiri... malu oi! Orang tua ni mmg sifat dia berfikir terus kalau hal anak-anak. Kalau ko dtg cerita.. ko blh tgk la mak ko 2-3 hari tak makan sebab xde selera dk fikir MASALAH KAU!

So... setel tak masalah ko tu? TAK! Seriously NO. Sebab masalah takkan selesai dengan bercerita itu ini kat semua orang. Masalah hanya selesai , kalau kau sendiri cari jalan untuk setelkan. FAHAM?

Dua, ko sendiri takde otak ke? Ko ada mulut, kan? Ko tak reti berkomunikasi with each other untuk kasi setel masalah dalaman tu? Bercerita kat fesbuk boleh pulak, ye? Ironinya hidup. LOL.

Kesimpulan dia... fikirlah sendiri. Semua masalah boleh setel kalau ko sendiri rsa nak setelkan. Kalau ko sendiri yang rasa.. tak boleh ni.. xkan jadi ni... without even trying... go to hell je lah, OK?

Malaslah nak tulis panjang-panjang. Bukan ada orang nak baca pun. Aku paham.. rakyat Malaysia suka baca tajuk je. Hahahahahahahhahaha

*people tend to listen what they want to listen. So, why bother to explain?

Wednesday, January 13, 2016

Cici

Untung dah ada cici. Bila bosan, buli cici... bila sedih, peluk cici... bila stress, tengok cici...

We have each other, cici! Even everyone get lost from my life... i will make sure we will never be apart.

Sunday, December 13, 2015

Bawah Tapak Kaki Saya dah Ada Syurga, Tahu?

Tajuk tak boleh blah.

Tanggal 24th November 2015, saya telah berjaya melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat cute.  kejadian bersejarah itu berlaku pada pukul 12.50 tengah hari. bayi seberat 2.5kg itu tidak sabar mahu melihat dunia yang kejam ini. due sepatutnya 30th November. heheh!

Nak cerita pasal pengalaman, saya ni boleh dikatakan agak bernasib baik (kot) sebab semua berjalan dengan lancar. malam tu saya menonton movie dengan kucah. cerita Girlfriend Aku dari Neraka. dalam pukul 1 pagi, siap tgk cerita tu, kucah tido dalam bilik dengan saya. saya masih tak tido dan sedang membaca novel dalam Wattpad lepas bergayut dengan encik suami. lebih kurang pukul 2 camtu, saya rasa sesuatu dalam perut. saya terus masuk ke toilet dan cecair (ketuban) mula melimpah keluar tanpa henti. luckily (i've told you i'm so lucky), kakak saya ada kat rumah hari tu. jadi saya terus pergi bilik dia dan bagitau pasal kejadian tersebut (meanwhile kucah dah pengsan ketiduran tahap tak sedar diri). Dia terus kejutkan mak saya.

Sebenarnya saya dah packing barang masuk dalam luggage untuk bawak ke hospital, tapi kakak saya gelak sebab luggage saya macam nak pergi bercuti sebulan. jadi, dia pon tolong kemas balik dan masukkan dalam beg dia (LOL). masa tu saya masih steady. saya call suami saya, dia cakap esok dia bertolak balik (dia duk Sarawak).

Sampai hospital (HUSM) lebih kurang pukul 3pagi lepas berenti beli barang dan makanan kat 7e, Doctor cek dan ckp bukaan baru 3cm, so dia suruh masuk wad dulu. saya call husband saya balik cakap tak payah rush2 sebab lambat lagi (konon la saya punya assumption sendiri). tapi sorang lagi doktor datang dan scan and cek lagi sekali, dia suruh terus masuk labour room pulak.

Pkl 5.30 masuk labour room. masa dalam labour room tu la seksaan bermula lepas dia masukkan air apebenda tah. masa tu contraction dah makin kerap dan seksa tiap 3 minit. rasa mengantuk nak tido, tapi sakit. memang tak tido la jawab dia. dalam pukul 12.15, doktor masuk dan bermula la proses seterusnya. dalam 12.30, tiba2 suami saya masuk (again.. i'm lucky isn't it?). hahahahhaha... macam magic je. saya dah give-up sebab fikir mungkin dia takkan sempat sampai.

Tak lama lepas tu, keluar la budak kecik yang kami panggil Cici. bila 1st time tengok dia, terus hilang rasa sakit tadi. rasa nak gelak pulak bila dengar dia menangis. tu la... dalam perut bukan main lagi menendang orang. kihkihkih...

Terima kasih pada semua yang bersusah payah sepanjang proses kehamilan hingga kelahiran. saya terhutang budi dengan ramai orang. tak mampu rasanya nak balas, jadi, hutang budi anda semua akan saya bawa sampai mati.
(kakak saya yang baru keguguran, bersusah payah hantar saya ke hospital, mak saya yang datang teman saya.  dan tidur di hospital, kucah yang teman tidur kat hospital jugak, bapak saya yang kalut datang jugak walaupn dia tak sempat masuk, dan suami saya yang berusaha datang dan sempat teman dan menyaksikan kelahiran puteri kami). hanya Allah mampu membalas jasa awak semua.



hai... nama saya Cici membawa maksud "Always Happy Girl"


dan terima kasih bagi hadiah-hadiah yang best untuk Cici.



hadiah dari kak una

hadiah dari ayoh ngoh n cik arina

hadiah dari auntie pokyah

hadiah dari en azhari (ex-colleague saya)

hadiah dari kak on

hadiah dari che su n izzudin

hadiah plg misteri dari kucah dan ucik

hadiah dari mama hus

hadiah dari auntie mila, mokjan, dan isteri pokli


terima kasih. nanti saya update lg kalau rajin.



Saturday, October 10, 2015

R.I.P, Cathy

10.10.2015

Tarikh puaka bg aku. Yelah..cathy pergi tgglkan aku selama2nya. Padahal aku dh pesan dulu, bln 1 nanti aku dtg blk jg dia. Dia tgk, dgr... tp dia xpaham. Dia tinggal aku jgk. Tggl pulak masa aku xde sana. Aku xdpt jg ms dia sakit. Xdpt tgk ms dia tgh nazak. Xdpt ckp ngan dia, xdpt gaduh2 ngan dia sblm dia pergi.

Knp kejam sgt? Aku ni xlayak ke syg kt sesuatu? Klu aku syg je, KAU ambik... knp? Aku dh ckp, aku rela aku yg pergi dulu dr org yg aku syg. Aku xsggp hadap perpisahan. Lps tu aku bru phm ayat, only the good die young. Aku xcukup baik utk pergi awl2.

Cathy, awk dk sana dgn tenang ye. Sepnjg sy dk sini, hr2 sy berdoa mtk awk sembuh..mintak awk xrindu sy sgt smpai xmkn... sy xkisah awk lupa sy, sbb bln 1 nt sy akn jg awk blk, jd awk akn knl sy blk. Janji awk sihat. Hr2 sy sedih bl mijol atr gmbr awk baring sbb xlarat nk jln. Sy sedih sbb sy xblh buat ape2 nk tlg awk. Tp nmpknya Tuhan xdgr doa2 sy. Dia ambik awk jgk. Tuhan xsuka sy..tp sy tau Dia syg awk. Sbb tu Dia xnk awk dk dgn sy. Dia ambik awk awl2. Saya mtk maaf sbb xde ms awk sakit. Sy mtk maaf sbb slalu mrh2 kt awk. Awk je kwn sy dl kt sana. Xde dh nt org nk dgr sy borak..nk dgr sy nangis cite masalah sy, xde dh nt yg nk teman sy masak dan basuh baju. Nanti tgh2 mlm, xde dh yg teman sy tgk bola. Knp awk dtg kjp sgt? Sy dh jnji bln 1 sy bwk kwn utk awk kt sana. Knp xnk jumpa saya dulu? Knp pergi sorg2? Sy dh ckp byk kali, tggu la sy, jgn tggl sy. Knp xnk dgr jgk?!

Cathy wasn't just a cat. She's my bestfriend, my enemy, my sibling. How well we can bonding together from 1st day we met. Byk bnda dh bt sm2. Semua yg aku bt, dia temankan. Seterika bj, basuh bj, mndi, berak, masak, mkn, nangis, semua dia ade teman aku. Knp kejam sgt ambik dia awl2 cmni, ms aku xde dkt dgn dia?! Aku nk jg dia lg.

Tuesday, June 23, 2015

Saja-saja

Bulan-bulan puasa ni rindu plk nk lepak makan kerang rebus dgn Lel kt Tahu Bakar, Kota Dam. Lol.

Hari tu ucik dgn kucah dtg duk dgn aku sbb cuti. Jd, mlm aku bawak diorg g lepak dengan Lel kt kedai tom yam. Sambil makan tu, ucik yg mmg byk mulut bercerita la psl skolah sbb lel tanya dia "best ke skolah?"
Dia jawab, "adik stress la klu hari ahad mesti kena beratur. Dah la lama, panas. Kadang-kadang rasa nak pengsan".
"Tu la pasal." Tambah kucah dgn dahi berkerut tanda stress.

Kitorang gelak dgr stress bdk darjah 3 dgn darjah 1. Panjang lagi hidup korang. Byk lg stress2 yg lg teruk korg kne hadap nanti.

Hahahaha!!!!

Tuesday, June 2, 2015

Life is simple

Hidup ni senang je kalau u dont live to impress. Mcm aku.. aku buat ape2 sbb aku yg nk buat. Bukan sbb ko suruh (klu mak bapak srh tu tak boleh masuk skali dlm ni).

Mcm aku brenti keje.. sbb aku nk try jd surirumah. nk test skil masak aku. Brp lm aku blh bertahan. Dan brp lm aku boleh hdp mcm ni. Aku masak, aku xpnh nk pksa org mkn. Ko xnk mkn? Xpyh mkn. lg baik ko xmkn dr ko komplen mcm2 ms tgh mkn sbb aku benci org yg xbt keje tp komplen byk. Bkn je hapuskan semangat aku utk msk, tp buat aku tmbh dosa free plk kutuk ko dan benci ko.

Dan lg 1, aku plg benci bl org spoil mood ms aku tgh nk mkn. Mcm setan perangai! Ko duk diam2, mkn je bnda yg ko nk mkn, xblh? Ssh2 nk komen, "apesal ko order tu.. xsdp lah". Atau, "sdp ke ko mkn tu? Mcm xmenyelerakan je". atau, "ko order la ape2 nanti aku belanja", tp bila ko nak order, dia ckp "jgn order yang tu... bla3". Babi ko lah! Aku nk mkn, suka ati la. Ko order bnda yg ko nk mkn xde plk aku nk komen. Bodoh btl ko ni, kan?

Ade jgk jns spesies ajak org "jom mkn situ". Pastu smpai kdai tu, terhegeh2 nk plh meja mn nk duduk. Bangang. Ambik ms 15minit berdiri tertinjau2 cr meja padahal meja berlmbak. Ckp je la ko nk tarik perhatian org, kn? Geli aku lah! Lps tu ade jgk spesies, dh msk kdai, tiba2 ckp, "xnk la mkn sini, jom pegi kdai dpn tu". Mmg babi btl perangai. Skali je la aku ikut org mcm ni kuar mkn, lenkali ko ajk org lain. Jns xde pendirian hidup. Assholes!

Kesimpulan dia, aku benci org yg xde pendirian, org yg suka spoil mood aku ms tgh mkn dan org yg xreti hargai masa aku. Ko xhrgai ms ko, lantak la. Tp jgn duk buang masa aku.

Blah!

Thursday, May 7, 2015

Sharing is caring kepala bana

Orang yang suka share-share benda tak betul yang aku yakin dia sendiri TAK TAHU benda tu betul ke tak. Tapi sebab otak dia tak berapa berhubung, dia main share je sesuka hati ni, mmg jns kurang akal. KAH..

Contohnya, ko dok burukkan produk jenama ni, jenama tu. Padahal sahih ke tidak, ko sendiri tak tahu. Klu ko share untuk bertanya orang lain, betul ke tak? Tu lain, ni ko share sekali dengan kutukan tanpa asas. Bila tanya btl ke tak, tak boleh jawab, terus cakap orang nk kondem dia pulak. Ironi. Lol.

Ko bayangkan ye, CONTOH: sebab ko dan perangai bodoh ko share cerita makcik tu meniaga nasik bungkus ada lalat (padahal ko sendiri tak pernah sampai kedai makcik tu), orang-orang ramai yg sama spesies dengan ko pn percaya bulat-bulat. Dan elok-elok makcik tu meniaga nk bela anak, terpaksa tutup kedai sebab cerita yg ko kecohkan. Puas hati ke ko rasa tutup rezeki orang? Besar pahala ko, kannnn?! Tahniah.

Aku nk orang-orang yg suka sgt share benda yang dia sendiri malas nk cari fakta sebenar duk dalam situasi ni. Orang kampung sebelah share kat group whatsapp ckp si polan (mak ko contohnya) meninggal. Ko nk ke dgn senang hati share share dan share berita tu tanpa effort untuk cr maklumat, btl ke mak ko mati? Instead of ko share dl. Padahal mak ko elok lg hidup kt rumah. Hah.. boleh bayang efek dia?

Aku malas nk ckp byk2 sebab aku ckp karang, orang kutuk aku nk tunjuk pandai. At least aku bukan jenis percaya bulat-bulat dan kaki share benda bodoh mcm korang. Klu rasa malas nak cari benda tu betul ke tak, jgn wat rajin konon sharing is caring. Puii..

Orang mcm ni mesti jenis mudah kena cucuk mcm lembu (atau ko sbnrnya kaki cucuk). Mudah percaya rumors. Dan takde pendirian tetap dalam hidup. Aku simpati.