Thursday, May 7, 2015

Sharing is caring kepala bana

Orang yang suka share-share benda tak betul yang aku yakin dia sendiri TAK TAHU benda tu betul ke tak. Tapi sebab otak dia tak berapa berhubung, dia main share je sesuka hati ni, mmg jns kurang akal. KAH..

Contohnya, ko dok burukkan produk jenama ni, jenama tu. Padahal sahih ke tidak, ko sendiri tak tahu. Klu ko share untuk bertanya orang lain, betul ke tak? Tu lain, ni ko share sekali dengan kutukan tanpa asas. Bila tanya btl ke tak, tak boleh jawab, terus cakap orang nk kondem dia pulak. Ironi. Lol.

Ko bayangkan ye, CONTOH: sebab ko dan perangai bodoh ko share cerita makcik tu meniaga nasik bungkus ada lalat (padahal ko sendiri tak pernah sampai kedai makcik tu), orang-orang ramai yg sama spesies dengan ko pn percaya bulat-bulat. Dan elok-elok makcik tu meniaga nk bela anak, terpaksa tutup kedai sebab cerita yg ko kecohkan. Puas hati ke ko rasa tutup rezeki orang? Besar pahala ko, kannnn?! Tahniah.

Aku nk orang-orang yg suka sgt share benda yang dia sendiri malas nk cari fakta sebenar duk dalam situasi ni. Orang kampung sebelah share kat group whatsapp ckp si polan (mak ko contohnya) meninggal. Ko nk ke dgn senang hati share share dan share berita tu tanpa effort untuk cr maklumat, btl ke mak ko mati? Instead of ko share dl. Padahal mak ko elok lg hidup kt rumah. Hah.. boleh bayang efek dia?

Aku malas nk ckp byk2 sebab aku ckp karang, orang kutuk aku nk tunjuk pandai. At least aku bukan jenis percaya bulat-bulat dan kaki share benda bodoh mcm korang. Klu rasa malas nak cari benda tu betul ke tak, jgn wat rajin konon sharing is caring. Puii..

Orang mcm ni mesti jenis mudah kena cucuk mcm lembu (atau ko sbnrnya kaki cucuk). Mudah percaya rumors. Dan takde pendirian tetap dalam hidup. Aku simpati.

Monday, April 6, 2015

TAK KELAKAR LA, BODOH!

Aku tak tahu sama ada aku ni dh lack of sense of humor, atau makhluk2 sekarang mmg suka buat lawak bodoh.

Contoh, kt group whatsapp. Apesal dah jadi trend babi ape jenis nak buat lawak, tapi konon serius. Ade sorang post lebih kurang macam ni: "ada sape2 nak anak angkat? Famili bdk ni miskin dan ramai anak. Untuk orang yang betul2 nak jaga anak je". Dan dlm group tu ada beberapa orang yg dah bertahun kawen tp belum dapat anak. Punya excited kawan tu tanya kt mana. Dan last2, si bangang ni hantar gambar lawak. Tapi, TAK LAWAK LA, BODOH!!!

Ade lg satu yang aku takleh blah, iklan jual kereta. "Ada sesape tengah cr kereta 2nd hand? Tuan dia nk jual 3k je sbb urgent nak pakai duit." Dan dalam group tu mungkin kebetulan ada yg mmg btl2 tgh nak cr kereta dengan bajet ciput. Pulun dgn serius tanya. Dan si bangang ni balas dgn hantar gambar sang kancil. LAWAK KE TU, BODOH?

Dan terus membiak lagi baka2 yang suka lawak bodoh, share merata-rata. Untuk meningkatkan baka bodoh di dunia yang fana ini.

Aku tak pasti la sape punye idea yang konon "kreatif" sangat, tapi hakikatnya mcm celaka.

Banyak lg sebenarnya bnda bodoh yang di share. Kdg2 aku boring, aku kutuk je directly. Tapi, orang2 mcm ni mmg jenis tak faham bahasa kot. Esok, share lagi satu. Last2, bagi mute je. Aku left, dia add balik. Left byk2 kali karang, terasa hati. KAH!

Bagi aku, orang yang suka share benda2 bangang kat whatsapp group ni, klu tengok fesbuk dia, cfm jns kaki 1 like 1 pahala, 1 share 1 pahala. Kesian aku tengok. Tak puas kot share kat fesbuk, bawak pulak amalan babi tu ke whatsapp group. Bitch, please! Get a life. Real life!

Nasihat aku, kalau nk jd bodoh, jangan bg efek kt orang sekeliling. Simpan je sekor2 atau kt anak cucu sendiri, lagi afdal.

Ok, sekian.

Saturday, March 14, 2015

#sekadarBertanya

Ada sejenis manusia, dia kerek sangatttt. Aku xtau ape yg korg dapat bila kerek. Nk ckp orang suka.. hell no! Seriously NO la wei. Tp xtau la kot ade yg suka. Hmmm.... atau buat-buat suka?

Aku bg contoh 2 situasi dgn 3 effect berbeza.

Ko tgh makan kat kedai... tiba-tiba budak waiter yang bawak makanan yang banyak kat dulang TERtumpahkan makanan tu kat meja korang.

1. Korang boleh marah dia kuat-kuat dengan harapan dia akan malu, dan kau akan bangga bila semua orang tengok ko power marah orang.

2. Korang boleh act cool dengan cakap, takpe sebab bukan dia sengaja. Dan mintak dia bagi tisu atau mintak dia lap meja dengan masih keadaan rileks.

So... korang yang mana satu?

Talk about effect.
Situasi pertama, ko bangga ko boleh malukan dia. Orang semua tengok dan kutuk (kalau aku la!) Ckp ko ni perasan bagus, berlagak macam sial.
budak tu akan kena buang kerja, balik rumah menangis sedih.

Atau budak tu lepas kena marah, dia akan jadi benci kt ko dan mula prejudis dgn customers yg lain. End up dia akan down dan malas nak kerja elok-elok.

Effect utk situasi kedua, budak tu akan rasa bersalah sendiri. Dan mungkin tak perlu ko mintak tisu atau lap meja, dia akan buat laju-laju sebab respek. Nampak?

Ko tak perlu berlagak dan jadi kerek sebab takde yang elok pun. Insaflah, ye!

Ni contoh je. Ko bayangkan dlm situasi lain-lain pun, effect dia camni la jugak. Heh!

Its all about manner. Ko hormat orang, orang akan hormat ko. Simple.

Wednesday, March 4, 2015

Sadistic

sebenarnya, Cathy adalah female or betina. well.. aku mana tahu sebab semua kucing ade misai. sebab tu bila mijol cakap kucing ni jantan, aku ok kan je. lps tu aku panggil Cathy jugak even masa tu aku anggap dia jantonnn. whatever.

Cathy..
well... literally aku bukan pencinta haiwan. in fact dulu, aku tak suka kucing. aku akan membebel bila aku makan kt kedai, kucing datang menggesel kat kaki. sebab aku dah malas nak bela ape jenis haiwan. aku jenis manusia yang tak sanggup hadap perpisahan.

Masa guinea pig aku mati tu pn aku sebenarnya menangis walaupun lps mijol blk lunch, aku buat2 OK. ko boleh bayang tak ko tgk dia mcm nak "pergi", mata dia tengok ko dengan sayu. tapi, ko tak boleh buat apa2? aku salahkan diri aku sebab hari tu aku bangun lewat dan lambat bagi dia makan. walaupun masa tu bekalan makanan dia masih ada dalam bekas, tapi, aku kena lah cari sebab, kan? dan sebabnya aku lah. kat sini takde vet. vet terdekat mungkin kat Sibu (which takes 2 to 3 hours driving).

good bye... so long...

And now we have Cathy. ko takkan paham kalau ko tak rasa nak rapatkan diri dengan kucing. serius. ko boleh tengok perkembangan dia. its kinda like a baby. lapar perhatian, bila besar sikit, mula merangkak cr sampah untuk makan. bila nak makan, kne berteman, bila tido, nak beriba. macam tu lah, Cathy. memang mengada-ngada, but what to say, i've started to love her.. so much. pergi mana2 mesti nak beli mainan untuk Cathy walaupun dia prefer main plastic bag yang berisi mainan dia. LOL...

Kalau Cathy pn nanti-nanti nak "pergi", aku tak tahulah macam mana rasa dia. aku ni selalu berharap, ape2 hal, biar aku pergi dulu. sebab berpisah tu sakit. tak kisahla dengan Cathy ke, dengan orang-orang sekeliling yang aku sayang ke... sakit. aku pernah hilang nenek n atuk aku. aku pernah hilang member baik aku. dan aku seriously macam gila sikit masa Tikah pergi. sakit tu tak tahu nak cakap kat sape.. tak tahu nak explain macam mana. end up, aku berkurung dalam bilik sorang2, crying berminggu2. makan tak, minum tak.

Nasib aku baik sebab aku ada Lel, Kak Syah ngan Cik Aa. aku jenis tak bercerita bila aku sedih, tp diorang paham. diorang will be like all of sudden bercerita benda2 best dgn Tikah, benda2 yang takkan down kan aku lg, benda2 yang at least blh buat aku senyum blk bila ingat. it have been more than 4 years, tapi aku sebenarnya tak boleh move-on lagi. bila dk sorang-sorang, teringat kat Tikah, aku akan menangis tak tahu kenapa. mungkin aku banyak salah ngan arwah. mungkin saat akhir dia aku takde. mungkin masa dia tgh nazak, aku tgh tgk world cup. aku masih jgk salahkan diri aku pasal ni. Rest in Peace, kawan!


Susah jgk jd manusia macam aku. aku tak nak orang 'pergi' dalam hidup aku. sebab aku ni lemah tapi buat-buat macho dan kuat. i'm rarely crying in front of others. sebab aku nak tunjuk aku kuat. mcm tu lah cara hakikat sebenar disembunyikan.





Monday, February 2, 2015

My Birthday, Baby!

hahahahahhahahha... aku pun tak tahu apesal aku rasa nak gelak!

Hari ni merupakan 2nd february 2015 merangkap 2 february yg aku rs hari paling best dalam hidup aku setiap tahun. entah lah psl ape. mungkin sbb 2 februari aku mula hidup kt dunia ni. takde tarikh lain paling penting bagi aku kecuali hari lahir. takde! serius nih.

alkisah sbnrnya sblm ni kitorang ada bela guinea pig, nama dia arjuna butoh. guinea pig tu mmg dah sakit masa aku bawak kt sini sebab beliau bergocoh dgn pasangan beliau. pasangan beliau mangkat, manakala beliau mengalami kecacatan mata dan kaki tak berfungsi sebatang. lepas tu, ank buah laki aku pulak g mandikan beliau malam itu sebelum kami bawak esok pgnya. well, spesies tikus ni klu ko mandikan tahap jirus mcm nk bg mampus, mmg teruk lah hayat beliau.

tp beliau boleh bertahan kt sini dalam 3 bulan jgk sebelum mangkat pada hari Jumaat yg mulia. sedih gila babi aku rs. tp nak buat mcm mn, aku dh lm rs sedih tgk dia hidup menderita dalam kecacatan, tp tak boleh nk pulihkan dia. mcm makin aku bela, makin seksa hidup dia. jd, aku pasrah dan anggap semua ini adalah takdir untuk menghilangkan kesakitan beliau. sobssss...

kemudian aku rasa sangat bosan, aku ajak mijol cr kucing. tp, mcm biasalah benda (haiwan) kalau kita tak cari, mengiau2 bawah meja kt kedai makan masa kita tgh makan, tp bila kita nak cr, pusing 1 mukah pn tak jumpa (kt mukah ada 2 je petshop, dan 2-2 tu xde kucing, so aku ambik keputusan nak cr stray cats je).

kat sini, ank anjing berlambak lah. aku sampai bg cadangan kt laki aku, kita bela ank anjing yg kecik tu, lps tu kita ajar dia bunyi mcm kucing. sbb dia ckp, nk mati kena kutuk ke? lepas tu dia jawab, kenapa xajar dia bunyi mcm ank manusia je lg best. hmmmph

dan pada 1 februari yakni semalam, kami sekali lg buat2 pusing pekan sambil menikmati keindahan alam, tp malangnya masih sia-sia. lepas tu kitorang balik rumah. tak lama lepas tu, dlm grup whatsapp laki aku, member dia atr gambar ank kucing. dia cakap ank kucing tu tiba2 dtg rumah dia sbb lapar kot. dia xnk bela sbb tkt xsempat nk peduli, jd laki aku dgn pantasnya pegi ambik bawak balik. YEAY!


cathy (bukan nama sebenar)
jantina: jantan
Tiba jam 12 malam, suami saya yg tersayang wish birthday, lps tu ckp "jom kita makan kek". hahahahahha.... kek celah mana sbb seingat aku, aku dh buang 2 bijik kek yg aku buat, lps tu mkn x abis. aku tak tahu pulak dia beli kek dan simpan kt peti lg satu which is peti tu dh lm tak guna. jarang tu aku tak boleh kantoikan seperais org. biasa mesti aku tahu punye lah! tp sbb peti tu mmg dh xguna dan aku xbukak pn, jd misi beliau agak sukses la.

oh, by the way, sebelum tu kitorg tgk Arsenal yg mmg power gila belasah Aston Villa 5-0. well, overall, nice birthday gift ever. 1st, sbb 1st time sbnrnya aku celebrate birthday aku ON TIME. sbb biasanya mesti lewat 1 mggu, 1bulan, tp yg penting bukan 2 februari la sambutan itu. sucks. no meaning at all bagi aku celebrate birthday, tp bukan di tarikh lahir yg sebenar.

anyway, terima kasih kat sape2 yg wish dan doakan yg baik2 kt wall fesbuk aku serta whatsapp aku yg masuk bertalu2. semoga doa kalian dimakbulkan. aminnn....




Sunday, December 21, 2014

Hukum hudud - try to be REALIST!

Ramai btl ustazah ustaz mee segera kt fesbuk duk degang degung ckp psl hukum hudud. Skali bc rs  mcm nk tergelak. 2 kali bc rs kesian. Punya puaka mulut sekor2 dk bash org yg persoal psl bnda ni. Tahukah anda, mulut puaka mcm tu trs tak melayakkan dr ko untuk bg nasihat kt org. So, FIX YOURSELF!

Aku nk ckp pasal bnda ni takdelah layak sgt. Tp bila fikir secara logik, real, waras, ko rs org konon agama kuat yg msk politaik tu semua elok ke? Aku bnci semua jns ahli politik. Ckp je lbh xkisah kerajaan ke pembangkang. Duk bergaduh tiap2 mggu mcm beruk dlm dewan. Bkn bergaduh psl nk bela nasib korang, tp nk bela perut sendiri. Sedar?

Bila aku ckp, "hukum hudud ni xsesuai..." (blm abs ayat) trs potong, "hudud ni hukum Allah, ko tolak ko berdosa". Woi BODOH, dl injil, zabur, taurat tu pn kitab Allah jgk, tp sape yg merosakkan klu bkn makhluk yg namanya manusia. Jd, hukum ni mmg hukum Allah, tp yg nk jlnkan tu MANUSIA. Dan aku xyakin lgsg ahli politik ni akan telus dlm hal ni. (If you know what i mean)

IMHO, hukum ni xsesuai bl ahli politik yg berkepentingan untuk nk naikkan nm parti semata2 sdgkan keperluan basic rakyat pn korg xmampu nk manage. Ko bygkan ye contoh plg mudah, berpuluh tahun diorg mkn duit rakyat, rakyat hujung tahun je banjir.. xde rs nk fix the problem, xde rs nk pikir how to prevent the same problem from happen again? sbb sibuk nk msk tv g hantar bantuan. Bantuan plk kutip derma dgn org ramai (bkn guna duit cukai yg korg byr). Lps bnjir smbung curi balak. So, mn duit yg korg byr cukai tu pegi? Dan korg rs dgn mencuri cara halus cmtu, korg boleh tarik makhluk2 ni dan hukum gn hukum hudud (yg diorg suggest)?

Dan sape agaknya yg akn bt keputusan si pencuri duit rakyat ni akn kne potong tangan? Mesti kroni2 diorg. Dan Malaysia sgt glemer dgn cronyism.  Klu bpk mkn rasuah, ms tu, ank dia jd hakim bt keputusan utk jatuhkan hukuman kt bapak dia. Aku xyakin si ank tu akn teruskan hukuman sbb kroni. Klu x, xkn smpai skrg "ibu lembu" masih bebas gembira. Dan kita bkn suci sgt mcm zaman nabi dulu yg xkira ank ke bini,  klu slh ttp slh. Zmn skrg zmn org perasan famili diorg perfect, zmn ank mencuri kne pukul kt bapak, mak backup smpai bpk kne penjara, zmn org jatuhkan hukum dgn keyboard, "Ko msk neraka, ko berdosa besar". Lol.. Sedarlah diri tu.

Aku yakin bnda ni akan jadi double standard bila babitkan ahli politik. Rakyat je yg akn terbeban. Rakyat curi telur sbb lapar kne potong tgn sbb hudud. Pemimpin yg rompak duit beratus ribu relax kt rmh mkn nasik.

Aku bukan tolak hudud. Aku tolak org politik yg guna agama utk melobi rakyat. Tak faham jgk? Pegila mampus.

Thursday, November 13, 2014

Attention!

Dear Whoever the Fuck You Are,

Tersebutlah kisah budak yg suka baca buku, dan dia suka beli buku-buku yang tak tahu berpekdah ke tak. Masalah budak ini ialah, dia pelupa dan dia kadang-kadang tak ingat bagi pinjam buku dia kat sapa.

Satu-satunya buku yg aku perasan hilang dari koleksi adalah buku tajuk "Bayang" sebab buku tu antara koleksi penulis sama yang aku kumpul. Jd, bila hilang, aku mudah perasan. lg 2 bijik aku xingat tajuk ape.

Jadi,
Kepada sesiapa yg rasa penah pinjam buku aku, dan rasa macam nak buat harta sendiri, bagitau dulu so that aku tahu ko ni mmg tak guna. buku pun nak curi. takkan rela nk merangkak padang mahsyar cari aku sebab buku, kut? lol.

Ok, tak puas hati, boleh PM aku. Sebab merata aku cari sebelum ni, merata tanya, takde sorang mengaku penah tgk. (yeah, right!). aku berkira bab buku (any kind of it) sebab, ASSHOLES betul la org yang jenis macam ni. BUKU kot, bukan emas. klu emas pn aku tak sayang mn. if you know what i mean.

sekian pesanan khidmat masyarakat.

*Hidup jangan jadi parasit*